Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, April 27, 2009

,,>Betapa Manisnya Qiamullail<,,

Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Dimuka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra,dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada,kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t.

Berkata Al Fudhail bin Iyadh::
Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan
gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya
berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!

Abu Sulaiman pula berkata::
Jikalau tidaklah
kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai
tinggal di dunia ini.

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik dimana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikanpada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan ebih pahalanya.

Sabda Rasulullah bermaksud:
Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba
pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya
dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi
kesukaran kepada umatku, nescaya saya
wajibkan kedua rakaat itu atas mereka;


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:
Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk
kesuraman kubur;


Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam,maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t.Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah.Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup
cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allahmenyediakan sebuah syurga bagi hamba-
hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada
kita namun kepayahan untuk menghidupkan
malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut
memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh
menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga
ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan
memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut
sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu.
Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah
s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau
berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan
kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya.
Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya.
Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji
jiwa dan malas
.

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah
kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu.
Sesungguhnya bangun malam adalah
mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla,
menutup segala dosa, menghilangkan segala
penyakit pada tubuh dan mencegah daripada
dosa.

Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh
Muhammad Uzair Al Aziz."

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,