~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saturday, March 21, 2009

,,,>Sibuk ataupun Penyibuk?<,,,

"Adakah anda benar-benar seorang yang sibuk? Adakah sememangnya kerja anda banyak dan masa anda tidak cukup? Sibuk ataupun penyibuk?”

Petikan ayat dari sebuah buku. Sibuk ataupun Penyibuk? Karya Ahmad Fadzli Yusof.

Baru-baru ini saya berkesempatan memiliki buku ini, semasa menjaga gerai Ma’ruf Club sempena Expo ENGINTEX ’09. di gerai ada jual buku-buku, saya ni pantang tengok buku, mesti nak beli. Walaupun ada sahaja buku yang di beli sebelum ini masih belum sempat di baca (banyak kot yang tak habis baca lagi..). Wujud masalah baru plak. Bagaimana hendak mencari masa untuk menghabiskan bacaan buku yang di beli? Bukan sekadar menjadi hiasan di rak buku, tetapi di manfaatkan untuk di baca dan di amalkan. Sebab itu saya tidak suka meminjam buku, lebih suka jika memiliki buku itu sendiri. Senang juga jika hendak di rujuk. Tapi saya suka bagi orang pinjam buku saya. Jadi, sahabat-sahabat yang ingin pinjam buku, bolehlah beritahu kepada saya. Timbul persoalan pada diri ini. Sibuk ataupun penyibuk diri ini?? ^_^


Minggu ini agak drastic keadaan saya bersama rakan-rakan ECE seperjuangan. Bila tiba weekend baru rasa dapat bernafas dengan selesa. Fatrah nak dekat final exam ni biasa la... semua lecturer hendak habiskan syllabus. Jadi terpaksalah kena buat make-up class, (minggu ni tak dapat ikuti kuliyah Riyadhusolihin, kena pergi kelas, siap ada quiz lagi) untuk menambah carry mark masing-masing. Oleh itu, perlulah kami buat yang terbaik untuk quiz-quiz, assignment-assignment yang terakhir ini. Sampai sanggup untuk buat repeated midterm untuk back up carry mark yang agak teruk ini. Begitulah fatrah seorang pelajar. Perlu berusaha untuk membuat yang terbaik. Mehnah dan tribulasi dalam perjuangan =).


Bila ada kesempatan perlu bagi kita untuk sentiasa bermuhasabah diri kita ini. Paling penting untuk kita untuk sentiasa muhasabah bagaimana dengan iman kita? Adakah makin menaik atau pun sebaliknya? Adakah sinusoidal? Menaik dan menurun? Perlu kita periksa dari segala sudut diri kita ini. Dari seluruh aspek dalam semasa kita meneruskan kehidupan kita ini. Bagaimana hubungan kita dengan Pencipta kita? Bagaimana hubungan kita dengan ibu bapa kita? (Ada majlis kat rumah pun tak ada masa nak balik Kuantan. Tahniah ye buat Kak Amy) Sahabat-sahabat kita? (tak sempat nak berjumpa dengan sahabat baik saya, Siti Zulaikha Che Nordin ) Mad’u-mad’u kita?(huhu.. Smart Group jalan tak??)

Walaupun kita sibuk, namun kita tidak patut mengabaikan perkara penting yang lain. Memang tepat apa yang di tulis oleh Saudara Fazdli Yusof. Kita tak tahu diri kita ini betul-betul sibuk ataupun sekadar penyibuk? Perlu kita koreksi balik diri masing-masing. Berbalik focus pada buku “Sibuk ataupun Penyibuk?”. Sangat menarik isi kandungan buku ini. Dari tajuk pun sudah menarik minat unuk membaca, terutama bagi sesiapa yang terasa dengan statement tersebut =). Saya pun agak terasa jugak sebenarnya. Jadi, sesiapa yang terasa dengan statement ini, saya sarankan silalah baca buku ini untuk mendapat panduan yang lebih jelas. Diri sendiri pun tak habis lagi baca buku ni, dalam proses. Sebab itu, saya tak dapat komen banyak sangat pasal buku ini. Untuk lebih lanjut, sila habiskan pembacaan buku ini^_^…


* Last weekend 15th March 2009 bersamaan 18 Rabiul Awal 1430H, saya bersama sahabat-sahabat Kulliyyah of Engineering mengadakan Trip to Kuantan & Kemaman bagi menghadiri walimah Robiah & Faiz, sahabat baik kami. Tahniah di ucapkan kepada Rubi & Faiz, semoga berbahagia dunia & akhirat. Post selepas ini saya ceritakan pengalaman kami dan saya akan attachkan gambar walimah sahabat saya ini, sebab gambarnya tak sempat nak transfer lagi dari kamera.(sibuk ke penyibuk ni?^_^)

* 19th March 2009, Ada Majlis Merisik di rumah saya di Kuantan, Pahang. Tapi saya tak berkesempatan nak balik sebab malam tu ada kelas. Dan weekend ada final presentation. Kalau saya tiada, majlis tetap berlangsung sebab bukan saya yang dirisik=). Adik-beradik yang lain semua balik, cuma saya dan abang saya yang sulung je tak balik (Kak Fiza, isteri Abang dalam pantang lagi. Bersalin anak kedua, Izzat Syakirin b. Izmazunardi). Tahniah di ucapkan kakak saya, Kak Amy. Insya Allah rancangan untuk bertunang 23rd May 2009, walimahnya? Insya Allah bulan July 2009 kot, tak pasti lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan ye. Amin.^_^. Tahniah juga untuk Abang & Kak Fiza atas kelahiran cahaya mata yang kedua, 13th February 2009. Semoga Izzat menjadi anak yang soleh. Anak pertama abang nama Izzah Syakirah b. Izmazunardi. Nama ni saya yang bagi cadangan^_^.


Majlis Merisik
Saat baru lahir, Izzat Syakirin
Izzah Syakirah bersama abinya^_^


* Esok 22nd March 2009 ada final presentation Leadership & Management Package (CCLM 2051).. kami kena present dan bagi report tentang projek yang kami dah buat. Kami dah buat rehearsal semalam, tapi still risau lagi, takut kena provoke banyak-banyak. Macam masuk The Apprentice pulak^_^. Our company name is FAN CLUB COMPANY^_^. Kami buat projek ape? Nanti saya akan ceritakan… doakan moga dipermudahkan segala urusan kami. Amin.

Sunday, March 1, 2009

,,>Hati Besar VS Hati Kecil<,,

Malam itu aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yang sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku telah berjaya? Kata bijak pandai, ini soal yang tidak relevan. Justeru menurut mereka, orang yang berjaya tidak sempat bertanya apakah aku berjaya, seperti mana orang yang bahagia tidak akan aka bertanya apakah aku bahagia?



Pedulikan kajian dan ungkapan sarjana. Aku kendalikan hiduplu sendiri dan bebas memberi erti dan makna tanpa terikat dengan tesis dan hipotesis. Aku bebas menjadi raja pada diri sendiri selagi terus tunduk sebagai hamba Ilahi.

Di mana ukuran kejayaanku?

Dibisikkan kepada hati, kejayaan itu apabila kau mencapai tujuan dalm hidupmr. Lalu apakah tujuan hidup itu? Ini soalan asas sejak dahulu diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada Allah. Ah, mudahnya. Tetapi tidak semudah itu apabila istilah badah tu hendak ‘ditulis’ dalam kehidupan. Serig sekali tujuan dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat apabila memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat.

Tujuan itu pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya. Tujuan itu mengabdikan diri kepada Allah sekuruhnya. Kelerluan itu adalah makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta. Tujuan itu ialah rasa kehambaan – takut, cinta, harap, taat – seorang hamba kepada Allah. Keperluan iu ialah harta, pakaian, kenderaan dan segala miliknya yang wajib dijadikan alat mencapai tujuan.

Ah, malang sekali jika aku merasakan kejayaan itu hanya apabila tercapainya keperluan. Padahal, hati dan diri masih jauh daripada berjinak-jinak dengan Allah. Jiwa masih liar. Nafsu masih buas. Dan tanpa disedari sering juga keperluan menjadi tujuan. Cinta Allah tersisih, takutkan Allah terpinggir, hanya kerana keperluan yang dicari tanpa henti atau yang telah melimpah tanpa batas.

Dan lebih aneh apabila ukuran kejayaan tertukar tanpa sedar. Kita mengukur ertinya pada neraca keperluan, bukan tujuan. Aku lebih berjaya apabila harta, rumah dan kenderaanku mewah dan bertambah. Padahal di neraca tujuan, timbangan cinta, takut dan harapmu kepada Allah kian ringan. Kekadang, pandai lupa syaitan berkias kata, berkilas rasa… katanya, kau mnecari segala kerana Allah jua.

Jika benar harta dan milikmu itu kerana Alah jua, bagaimana rasa hatimu ketika mencari, mengurus dan mentadbirnya? Apakah segala-galanya diurus tadbir dengan rasa takut, cinta dan mengharapkan keampunan-Nya? Bagaimana pula dengan solatmu, apakah kian khusyuk? Bagaimana dengan puasamu, apakah sudah soleh? Bagaimana dengan hajimu, apakah sudah mabrur? Bagaimana dengan mazmumahmu, sudahkan lebur? ‘Hati besarmu’ bolleh menipu, wahai diri…tetapi ‘hati kecilmu’ tidak mampu menipu. Hati kecilmu sentiasa tidak rela dan tega untuk menipu diri sendiri! Dialah yang paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluan, bukan tujuan!

Malam kian larut. Maa tidak mahu diheret dalam kembara hati yang bersimpang-siur. Apakah destinasiku saat ini? Apakah tujuan atau keperluan? Kembara hatiku terus melangkaui dinihari… Hati besar dan hati kecil terus berebut untuk mengendali kemudi diri!


Muhasabah Diri oleh: Pahrol Mohamad Juoi

,,,>Janji Tuhan Pasti Berlaku<,,,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian dan syukur hanya untuk Allah, selawat dan salam buat buat Rasul junjungan Muhammad S.A.W.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."


Surah Al-Baqarah : 216



Alhamdulillah, hari ini masih lagi bernyawa, masih lagi dapat ku menghidup udara yang segar, masih lagi dapat menikmati nikmat-nikmat dariNya danyang paling penting, masih lagi dapat ku menikmati nikmat IMAN dan ISLAM. Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan ini.

Walaupun kadang-kadang kita ini hamba yang dhaif, selalu lupa atas nikmat-nikmat yang di kurniakan olehNya, tetapi ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Oleh itu, perlu bagi kita untuk senantiasa mengingati nikmat-nikmatNya.

Hari-hari yang dilalui terasa jauh dari Illahi. Tetapi Alah tidak melupakan hamba-hambaNya. Cabaran dan dugaan yang menimpa mengingatkan kembali pada kita. Bertetapan dengan ayat di atas, “boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui”. Kita tidak mengetahui apa yang baik dan tidak pada diri kita. Jadi, perlulah kita sentiasa mengingati ayat ini sebagai panduan dan nasihat yang amat bermakna buat diri kita. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, dengan apa yang Dia telah tetapkan. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Minggu yang berlalu, dipenuhi dengan hal-hal duniawi. Terkadang terlupa bahwa diri ini milikNya, dan akan kembali kepadaNya. Diri ini berhempas pulas menyediakan diri menghadapi midterm-midterm exam, menyiapkan assignment-assignment yang telah lama diberi, tapi esok due datenya, tidur malamnya sanggup dikorbankan. Mungkin fatrah bagi pelajar-pelajar, yang suka menyiapkan kerja ‘last minute’. Ya Allah, diri ini pun tergolong sekali...

Khabaran cerita dari sahabat-sahabat mengingatkan kembali fatrah manusia setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

Baru-baru ini saya terasa diri ini mendapat tarbiyah dari Allah. Macam-macam yang berlaku. Saya berkesempatan mengikuti kuliyah Riyadussolihin. Terasa lama tidak memberi makanan pada rohani ini. Patut pun hidup tak terus rasanya. Sebelum ke kuliyah saya sempat berborak dengan dua sahabat saya, Fauzun dan Syaira. Pada mulanya, Fauzun menceritakan pengalaman beliau menghadiri majlis pengebumian sepupunya, yang kmbali ke rahmatullah baru-baru ini. Seterusnya kami berkisar tentang kematian. Insaf sebentar diri ini. Dan semalam jua, saya mengetahui ibu kepada salah seorang sahabat saya mengidapi kanser payudara. “Ya Allah, terlalu berat dugaan bagi sahabat kami ini. Engkau kuatkanlah hati dan semangatnya untuk menghadapi dugaan ini.” Doakan semoga ibunya dapat sihat kembali seperti biasa.

Bila dugaan yang menimpa, perlu kita mengingat ayat kembali yang telah saya sebutkan sebelum ini. Sangat menenangkan jiwa dan hati kita. Pasti ada hikmah disebaliknya. Tetiba terasa rindu pada Allahyarhamah Kak Hajar... Ya Allah, tempatkanlah dia bersama-sama orang yang beriman. Amin.

Pelbagai ilmu yang saya dapat semasa kuliyah Riyadussolihin hari itu, tapi sayang, datang sikit semalam. Ustaz yang menyampaikan ceramah sangat-sangat merendah diri, tapi bagi saya beliau seorang yang sangat berilmu. Berbandingkan dengan diri ini yang jahil. Antara ilmu yang saya dapat semalam berkisar tentang ikhlas. Macam mana kita nak mengetahui kita ini ikhlas atau tidak dalam membuat sesuatu? Salah satu caranya ialah apabila kita dipuji atau di keji, perasaan kita akan sama sahaja. Maksudnya di sini, bila ada orang puji kita, perasaannya sama saja bila orang keji kita. Tiada apa perubahan terhadap perasaan kita. Di situ baru menunjukkan yang kita ikhlas tak dalam membuat sesuatu. Cara yang kedua, kita kena lupa pada amalan yang kita buat. Maksudnya disini, bila kita lupa amalan yang dibuat, kita akan buat lagi amalan kita. Semalam juga saya di uji, ada seorang sahabat menegur kesilapan dirii ini. Syukran jazilan ya sahabat. Jazakallahu khairan jaza’.

Selepas menghadir kuliyah Riyadussolihin, saya berkempatan pula menghadiri majlis ta’lim. Kebetulan tajuk ta’lim malam tadi ialah “Kematian”. Ustaz Imran yang menyampaikannya. Saya merasakan sudah terlalu lama tidak mendapat pengisian dari ustaz ini. Sudah lama tidak ketemu dengan beliau apa yang beliau sampaikan terasa terus masuk ke dalam hati. Moga ada manfaatnya dari apa yang beliau samapaikan buat diri yang hina ini.


Setiap yang bernyawa, pasti merasai mati. Begitulah fitrah manusia yang semuanya pasti akan merasai mati. Saya teringat akan kata-kata Saudara Fadzli Yusof. Hidup manusia ibarat roller cooster, jika roller cooster itu bergerak menurun ke bawah, ia sangat laju, kerana ia mendekati pusat graviti bumi, jika roller coster itu bergerak menaik ke atas, menjauhi pusat graviti bumi, ia agak sukar untuk bergerak, tidak sepantas semasa ia menuruni ke bawah. Ini diibaratkan hidup seorang manusia, iaitu hamba Allah. Fitrah manusia itu perlu kepada Peciptanya. Jika seorang itu jauh dari Allah, dia akan berasa susah dan tidak senang hati, tetapi apabila seseorang itu berada dekat dengan Allah, dirinya akan berasa tenang dan hidupnya sentiasa terurus. Begitulah manusia, yang perlu kepada Tuhannya, iaitu Allah yang Maha Agung.

Oleh itu, kita perlulah sentiasa mencari alternatif untuk mendekatkan diri kita dengan Pencipta kita. Bagi yang masih belajar, cuba ambil peluang dan kesempatan semasa belajar ini untuk kita menuntut ilmu sebanyak mungkin. Bukan subjek wajib yang kita kena ambil tu saja. Kita perlu tambah dengan ilmu-ilmu lain. Contohnya ilmu-ilmu agama. Bagi pengisian untuk rohani kita.

Di sini, saya ingin promote sedikit, bagi sesiapa yang menuntut di UIAM, Gombak, anda dijemput untuk menghadiri kuliyah-kuliyah berikut. Bagi memberi makanan kepada rohani kita. Asyik jasmani je yang dapat makanan, rohani pun kena bagi jugak.


KULIYAH RIYADUSSOLIHIN
every THURSDAY
Venue : ADM LR9 @ LT1 (to be determine)
Time : 8.00 pm
organized by DNT ENGINIUS XV collobration with Ma'ruf Club

,,^Sharing Is Caring^,,