Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 31, 2007

>,;;Azam Tahun Baru??,:<

Orang berjaya mempunyai matlamat yang jelas. Orang gagal mempunyai matlamat yang kabur, tidak spesifik, entah bila, tak tau bagaimana, tak tau bla bla bla…Menjadi manusia berpengaruh a.k.a. Magnetik adalah salah satu ciri orang yang berjaya. Dan ia juga bermula dengan matlamat. Jika 10 (2017) tahun dari sekarang, anda mahu meningkatkan kuasa pengaruh samada sebagai ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya, jurujual yang mahu meningkatkan hasil jualan, seorang pengurus syarikat yang mahu melipat gandakan keuntungan, seorang eksekutif yang mahu hasil kerja yang meningkat produktiviti… lakukannya secara SMART dan ianya bermula dari sekarang.Buat post-moterm dan senaraikan sejauhmanakah ‘action’ yang dilakukan sepanjang 2007 memacu ke arah matlamat. Bandingkan juga banyak mana anda telah buang masa, sia-siakan peluang yang boleh memacu ke arah mencapai matlamat.Kemudian… dari sekarang, buat perancangan strategik secara harian, mingguan, bulanan dan tahuan apakah yang akan dilakukan untuk mencapai matlamat pada tahun 2008. Tulis dan pastikan ia sentiasa mudah untuk dirujuk dan dilihat. Ia menjadi self-motivation (motivasi diri) yang cukup berkesan.Dari situlah, anda bakal menghasilkan azam tahun baru yang realisitk...

>,;Penawar Racun Dunia,:<

Desiran bayu yang lembut damai di hatiKicauan burung di sana riang sekaliSuara ombak menggamit detik naluriGemilang kudrat IlahiDi sini-sana ternyata gema suaraTangisan sayu manusia mangsa manusiaTerbuang budi terdorong desakan hatiSaudara korban duniawiManusia tiada aman dari kemelut iniDi dada terus bersarang sikap pentingkan diriKuasa, harta dan nama hebat merasuk hatiKerugian sendiriDunia umpama unta tua yang kehausanSemakin tiada tempat untuk kasih dan sayangKerana sudah terlupa pada pesanan TuhanTerpesong tujuanNafsu jadi raja merosak duniaTak kan datang sinar bahagiaMoga jadi bukti bersama kembaliCahaya pada IlahiSedetik lalu saat pun silih bergantiTak kan berulang sejarah masa yang pergiUsah dibuang di sini hanya sekaliMulakan diri sendiriIman di dada amalan dengan bertaqwaBantuan Tuhan menjadi syarat berjayaSeiring jalan hargai nilai saudaraPenawar racun du...
Tuesday, December 25, 2007

>,,BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH,,<

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAHIngatkah dikau, di mana di dalam sejarah,Sepasang mata menjadi hadiah?“Kenapakah kau mengikutku?”“Aku tertarik kepada kecantikan matamu.”Jawapan yang cukup angkuh,Namun mengundang seribu sesalan,Bila bungkusan merah diterima di tangan.Muslimah,Contohilah wanita itu,Bukan dengan mencungkilkan matamu,Tetapi dengan menjaga peribadimu.Wahai Muslimah,Aku sering tertanya,Bagaimana engkau masih sanggup,Memaniskan muka, menghadiahkan senyuman,Meramahkan bicara,Kepada lelaki yang bukan muhrimmu.Apakah engkau ini berani,Menguji jiwa lelaki,Yang sememangnya diciptakan Allah,Dahaga dengan keindahan wanita,Walaupun sekadar muka yang manis.Apatah lagi lelaki ini,Yang engkau tahu cukup ego,Menganggap wanita sebagai hidangan,Yang boleh dibelek-dibelek dan dipilih.Benar,Muslimah itu telah menemui ajalnya,Namun diiringi keredhaan Ilahi,Dan keinsafan seorang lelaki,Yang akhirnya menjadi sufi.Muslimah,Begitulah jalanmu…Begitulah perjuanganmu…Muslimah,Tundukkanlah pandanganmu,Keraskanlah suaramu,Seriuskanlah perwatakanmu,Tampil ketegasanmu,Bila engkau di depan,Atau di belakang atau di kiri,Atau di kanan lelaki,Walau atas sekalipun.Ketuk kealpaan mereka,Bangunkan mereka dari mimpi,Jelaskan dengan amalanmu,Bahawa...
Monday, December 24, 2007

>,,Salam Eidul Adha..Salam Pengorbanan & Keinsafan,,<

Assalamu’alaikum,Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Walaupun di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidil Adha @ Hari raya Haji @ Hari Raya Korban tidak semeriah Hari Raya Aidil Fitri, tetapi mesej Hari Raya Aidil Adha cukup signifikan dan memberi pengajaran agung untuk manusia mencapai kejayaan.Antara mesej utama Aidil Adha ialah PENGORBANAN. Bercakap sahaja tentang Hari Raya Aidil Adha, pasti akan associate dengan KORBAN. Maka terlintaslah di kepala kita, majlis sembelih lembu, unta dsb. Soalnya, adakah mesej Hari Raya Haji terhenti di situ?Sejarah korban di Aidil Adha. Ringkasnya, tentang pengorbanan 3 insan hebat iaitu Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail.1.Siti Hajar berkorban berjauhan dengan suaminya NAbi Ibrahim kerana perjuangan.2.Nabi Ibrahim yang melakukan perintah Allah tanpa soal iaitu menyembelih anaknya Nabi Ismail3.Nabi Ismail yang merelakan dirinya disembelih bapanya demi ketaatan kepada perintah AllahNatijahnya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘lulus’ diuji sendiri oleh Allah tentang...
Friday, December 7, 2007

>,;Senyuman wujudkan hubungan baik;,<

Senyuman wujudkan hubungan baikOleh ZAMRI MOHAMADAPA yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan di sebalik senyuman. Ia boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu. Malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman.Itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan.Dalam sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai. Baginda menyebut:Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud)Senyuman merupakan perbuatan...
Tuesday, November 27, 2007

>,,Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy,,<

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yanghilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka adasesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diriseseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang."Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyikbertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunyamembaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satusudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullahs.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! YaKarim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakangdan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yangbelum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan!Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkank u, kerana aku iniadalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dankegagahanmu,...
Friday, November 23, 2007

>.:Fitnah Wanita:.<

Fitnah WanitaApabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itujahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati.Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum lelaki dan wanita ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan...
Fatwa UlamaSyaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.Jawab beliau;Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan.Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang...

>.:Petua Mencuci Hati:.<

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah KamsahSegala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.Oleh itu di bawahiniadabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakarmotivasiDatuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allahjadikan hatiku bersih"2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kitadanmencetuskan semua perkara kebaikan.3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah"Qulhu-allah" sebanyak 3X.5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maafperlu sebutkan.6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri,...

>.:Yang Mana Perlu Kita Dahulukan?:.<

Yang Mana Perlu Kita Dahulukan?Ada sebuah syarikat besar yang sedang mencari pekerja. Dalam ujian bertulisnya, mereka hanya memberikan satu kes untuk dijawab:"Anda sedang memandu motosikal di tengah malam gelap gelita dan hujan lebat di sebuah daerah yang penduduknya sedang dipindahkan semuanya kerana bencana banjir. Pemerintah setempat hanya boleh memberikan bantuan sebuah bas yang saat ini juga sedang mengangkut orang-orang ke kota terdekat. Saat itu juga Anda melewati sebuah perhentian bas di kawasan itu. Di perhentian bas itu, Anda melihat 3 orang yang merupakan orang terakhir di kawasan itu yang sedang menunggu kedatangan bas:* seorang nenek tua yang sakit* seorang doktor yang pernah menyelamatkan hidup Anda sebelumnya* seseorang yang selama ini menjadi idaman hati AndaAnda hanya boleh mengajak satu orang untuk membonceng Anda. Siapakah yang akan Anda ajak? Dan, jelaskan jawaban Anda mengapa Anda melakukan itu!"Sebelum Anda menjawab, ada beberapa hal yang perlu Anda pertimbangkan:- Seharusnya Anda menolong nenek...
Monday, November 19, 2007

salam ukhwah filah

Assalamualaikum wbt…Seculin kesyukuran ana rentangkan buat Yang Maha Esa krn m’bisakan kudrat ana melakar sesuatu di fursoh ini.Rasanya tiada apa yg terlalu muhim utk dicoretkan di sini.. Cuma mungkin dari hasil tarian tgn ana menekan keyboard ini, mungkin boleh memantulkan sedikit mutiara berharga buat diri shbt2 sekalian... Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan inayahNya dapat lagi kita bernafas dan meneruskan kehidupan kita..Alhamdulllah..Selawat serta salam ke atas Junjungan Yang Mulia Rasulullah s.a.w…Semoga dapat kita sama2 teruskan perjuangan baginda hingga ke akhir hayat kita..amin..dimana bumi dipijak di situ Islam dijunjung..Khaifa haluk shbt2 sekalian? Apa khabar iman & taqwa? Moga kedua-duanya berada di tahap yg tertinggi, krn itulah punca kebahagiaan di dunia & akhirat. Moga kita sentiasa berada di dlm golongan mukmin yg bertaqwa & berima...

,,^Sharing Is Caring^,,