Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Thursday, November 20, 2008

,,>Agar taubat diterima <,,,

Agar taubat diterimaTiada manusia yang tidak melakukan kesalahan. Namun manusia yang terbaik adalah manusia yang menyedari kelemahan dan kesalahan dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Lalu bagaimanakah agar taubat seorang hamba diterima?Agar taubat seorang itu diterima, maka orang tersebut perlu memenuhi tiga perkara :1) Menyesal,2) Berhenti darpada melakukan kesalahan dan dosa, dan3) Bertekad untuk tdak mengulanginya. Taubat tidak bererti tanpa didahului oleh penyelesalan terhadap dosa yang dikerjakan. Barabg siapa yang tidak menyesal maka menunjukkan bahawa ia suka dengan perbuatan tersebut dan menjadi petunjuk bahawa ia akan terus menerus melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa itu. Tentu kita tidak percaya bahawa seseorang itu bertaubat sedang dia dengan senang hati masih melakukan perbuatan dosa tersebut? Untuk menghindari perbuatan dosa, hendaklah seseorang itu menanamkan sikap ikhlas, bersungguh-sungguh.Jika dosa tersebut berkaitan dengan hak anak Adam, maka ada satu hal lagi yang perlu dilakukan, iaitu meminta maaf kepada pihak yang berkaitan, seperti meminta diikhlaskan, mengembalikan atau menggantikan suatu barang yang telah dirosakkan atau dicuri dan sebagainya.Namun apabila dosa bersebut...
Wednesday, November 19, 2008

,,,>Pengisian Musim Cuti??<,,,

Pengisian Musim Cuti??Alhamdulillah..genap dua minggu ana bercuti hari ini. Apa yang ana dah lakukan? Agak lagho bila bercuti ni. Ye la, tak de matlamat yang jelas apa yang nak buat hari ini. Nak study? Nota pun tak de lagi(“,). Bila tiba weekend je, pergi kenduri walimah. Biasa la musim cuti sekolah kan. Next week, sepupu ana plak buat walimah dia. Tahniah ye Kak Ina. Moga bahagia dunia & akhirat. Amin.Syukur kepadaMu Ya Allah, kerna dengan rahmat dan inayahNya dapat jua ana bernafas lagi hinga ke hari ini. Sepanjang cuti yang dah berlalu dua minggu ni, apa yang ana lakukan ye?? Erm…nantazir wa nara..1. Berjaya menghabiskan dua buah novel yang ana baru beli. “Salju Sakinah” karya Zaid Akhtar. Ana beli novel ni sebab ana thiqah dengan penulis novel ni. Sebelum ni ana ada baca novel beliau yang sebelum ni, Sesegar Nailofar. Alhamdulillah sekarang ni sudah mudah unutk mencari novel-novel yang berunsur Islamik, kalau dibandingkan dengan dulu. Moga usaha-usaha murni ni dapat diteruskan dengan berkat dari Yang Maha Esa. Insya Allah. Novel kedua, “Tunggu Teduh Dulu” karya Faizal Tehrani. Novel ni dah bertahun ana cari. Masa ana form 5 dulu. Ana ingat lagi, bersama sahabat karib ana, Siti Zulaikha Che Nordin, kami setiap kalau...
Saturday, November 8, 2008

,,,>Seindah Ukhwah Sebuah Pertemuan<,,,

Itulah yang dapat digambarkan bila ana teringatkan sahabat-sahabat sekelas ana dahulu. Kisahnya bermula di Pusat Matrikulasi UIA PJ. Sewaktu diri ini keseorangan di dalam suasana yang sangat asing. First class, Mathematic I dengan Sir Pasha. Ana ingat lagi waktu tu Sir suruh taaruf sorang-sorang. Masa tu la baru kenal sahabat-sahabat sekelas. Tapi masa first class tak ramai datang, mungkin sebab tak tahu venue dekat mana. Sebelum start kelas lagi kami di bahagian sisters dah berkenal-kenalan sesama kami. Ana ingat lagi waktu first time kenal Fauzun, Bahiah, Aini, ‘Izzah , Aisyah dan ramai lagi. Fauzun dan Bahiah yang paling peramah. Banyak mulut. (jangan marah ye..^_^) Pada hari-hari yang mendatang kami sekelas menjadi rapat dan saling membantu antara satu sama lain. Selama 1 tahun setengah kami bersama menempuhi ranjau suka-duka hidup seorang pelajar di marik. Alhamdulillah ukhwah sahabat-sahabat yang sekelas di matrik dulu masih untuh dan kukuh sehingga ke hari ini. Setiap akhir sem, kami selalu makan sama-sama, macam jamuan kelas la. Kadang brothers ada pun ada join sekali. Tapi alhamdulillah batas-batas pergaulan nengikut syariat masih tidak diketepikan. Alhamdulillah masing-masing faham dan concerns dengan semua ni....

,,,>Pengertian Hati<,,,

Di dalam kitab Imam al-Ghazali iaitu Ihya Ulumiddin menceritakan peihal kemahuan hati. adapun yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah s.w.t dan juga kecenderunan hati itu ialah berhikmah.Semua bentuk kemahuan dan kecenderungan hati ini adalah sifat semulajadi manusia yang juga merupakan perintah Allah s.w.t. Buktinya bahawa hati atau jiwa manusia ini cenderung kepada berhikmah, mengenal Allah dan beribadah kepadaNya ada dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran,Ertinya :“Bukankah aku ini Tuhan kamu? (Roh menjawab) Ya, bahwasanya kami naik saksi bahawa Kamu adalah Tuhan kami” (Al-A’raf: 172)Sebelum Allah s.w.t memasukkan roh kita ini ke dalam tubuh-tubuh kasar manusia, Allah s.w.t terlebih dahulu menanyakan kepada roh-roh tentang pengakuan Allah s.w.t sebagai Tuhan mereka. Apa yang dijawab oleh roh-roh itu jelaslah kepada kita bahawa kecenderungan hati naluri manusia untuk mengenali Allah dan beribadah kepadaNya memang sudah ada di dalam hati manusia sejak azali lagi.Hal ini samalah kita ibaratkannya...
Friday, November 7, 2008

,,,>Penawar Bagi H@TI<,,,

Penawar Bagi HatiHati adalah raja dalam diri manusia. Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap tuhanNya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dakn ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat.Oleh itu bagaimana untuk memiliki hati seperti ini? Tentulah Al-Quran dan Al-hadith sudah ada kaedah unruk mewujudkan hati-hati manusia yang mendorong mereka menenangkan kehidupan dan terhindar dari segala kekalutan. Hati tidak teringin kepada maksiat dan dosa. Hati yang tunduk dan patuh kepada kehendak Allah s.w.t itulah fatrah kepada semua hati-hati manusia.Perjalanan orang-orang soleh zaman dahulu berusaha bermujahadah ke atas hatinya menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan. Namun kewajpan untuk memiliki hati yang murni dan luruh itu dilakukan dengan ‘Istiqamah’. Akhirnya mereka hidup dimuliakan Allah s.w.t dan kemudian mereka ditempatkan bersama para kekasihNya.Segala-galanya bermula dari hati. Inilah yang perlu kita jaga dan awasinya. Kerana hati inilah yang akan menunjukkan kita jalan menuju Tuhan dan hati ini jugalah yang akan menyesatkan diri kita. Di sini, apa yang ana ingin sampaikan ialah kita perlu membersihkan hati kita dari segala noda...

,,>Perjuangan Belum Selesai<,,

Selawat dan salam kepada orang yang mulia lagi diagung-agungkan, Rasulllah s.a.w. Dengan perjuangan dan pengorbanan baginda hingga ke saat ini dapat kita rasakan Islam dan Iman. Itulah permata yang bukan sembarangan. Permata yang dapat menyelamatkan kita dari penderitaan di dunia dan akhirat..Inilah permata yang hendak kita gali dan cari tetapi bukan di dasar laut dan dasar bumi tetapi kita kena menempuhi jalan-jalan mujahadah yang dilalui oleh para salafusoleh zaman dahulu..insya Allah.Alhamdulillah dengan limpah dan rahmatNya dapat jua ana mengharungi minggu-minggu yang sangat menggentingkan dengan jayanya. Semalam 6 November 2008 tepat jam 12 tengah hari ana bersama sahabat-sahabat perjuangan berjaya menamatkan paper final exam kami yang terakhir. Walaupun terasa agak kecewa dengan prestasi menjawab soalan Calculus II tadi, tapi hidup perlu diteruskan. Perjuangan perlu diteruskan. Tahniah diucapkan kepada semua kerana berjaya menamatkan Semester II 08/09 kita. Next semester kita semua dah second year. Selamat teruskan perjuangan. Perjuangan kita belum selesai. Masih jauh. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang perlu kita tempuhi.Terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan hidup...

,,^Sharing Is Caring^,,