Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 29, 2008

,,,>Kuasa Maal Hijrah<,,,

Awal tahun Masihi bertembung lagi dengan permulaan tahun Hijriah- kali ini bulan Januari 2009 seiringan dengan bulan Muharram tahun Hijriah 1430. Sekali lagi kita berpeluang menggandakan usaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih cemerlang dan gemilang daripada tahun-tahun yang sudah berlalu. Semoga dapat kita melipatgandakan lagi kasih sayang pada diri sendiri, kepada ahli keluarga, kepada rakan sahabat handai, dan kepada semua makhluk di sekeliling kita.Kasih kepada Allah seharusnya menjadi landasan yang kita kukuhkan dalam menjalani hidup ini. Kasih kepada Nabi dan Rasul sewajarnya kita patuhi dengan penuh tawaduk. Dan kasih antara sesame sendiri sepatutnya kita pratikkan dengan keikhlasan yang padu ke arah membina kehidupan dunia dan akhirat yang penuh barakah.Selama ini kita sering menumpukan perubahan dari aspek luaran –mahu study hard, mahu mengurang perbelanjaan yang membawa kepada pembaziran, mahu berjimat dan untuk menunaikanfardu hajj- pada kali ini mengapa tidak kita rancang untuk memperbaiki diri kita dari aspek lain, selain meneruskan azam yang pernah kita buat pada tahun lepas-lepas.Marilah kita duduk seketika lapangkan fikian yang senantiasa kecoh dan sibuk dengan urusan duniawi yang tidak ada kesudahannya...
Sunday, December 28, 2008

,,>Amanah Yang Dipikul<,,

Selama seminggu sudah berlalu perjalanan Semester II 08/09. Terasa diri sangat kepenatan, mungkin kerana sudah sebulan lebih bercuti. Dan minggu ini baru bermula semester yang baru untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan ini. Baru nak start semula engine.Bersykukur kepadaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kerana memberi lagi peluang kepadaku untuk meneruskan kehidupan ini. Moga dapatku teruskan kehidupan dan perjuanganku ini dengan redhai dan inayah dari Mu. Amin. ENGINIUS 08/09 (Engineering Student Society IIUM)Sewaktu baru sahaja sampai di kampus, dah dapat mesej ada meeting malam ni. Belum start apa-apa, amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya menuntut saya untuk mengingatkan diri sendiri bahawa ada banyak amanah yang perlu di tunaikan sebaiknya. Semester ni kena struggle lebih, sebabnya result semester lepas pun tidak begitu memberansangkan. Datang rasa sedih, tapi kita kena redha dengan ketentuanNya. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya dan pasti itulah yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Semester baru dengan tanggungjawab baru dan disertai dengan azam yang baru. Semuanya baru. Semester ni dah jadi second year, dah majoring....

,,> Perjuangan Telah Tiba <,,

SANAKHOODU Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum We'll take our fights with them Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum We'll go as groups to stop themWa nu`eedul haqqal mug-tasabaWe'll return our slain rights (territories)Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhumWith all force we'll push them out Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum We'll take our fights with them Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum We'll go as groups to stop themWa nu`eedul haqqal mug-tasabaWe'll return our slain rights (territories)Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhumWith all force we'll push them out Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhumWith all force we'll push them outBisilaahil haqqil battariBy the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts) Sanu harriru ardhal ahraariWe'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free) Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under...
Thursday, December 25, 2008

,,>Impian Tercapai<,,

Sujud syukur saya apabila selamat tiba ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah perjalanan selama 7 jam, tidak sangat terasa bosan kerana di temani oleh seorang sahabat. Selepas subuh kami sampai di Kota Bharu. Dalam pukul lapan lebih kami sampai di destinasi setelah di ambil oleh dua orang sahabat di terminal bas. Terasa diri sangat disayangi Allah. Impian tercapai, doa termakbul. Yang tinggal hanya diri sendiri, sama ada mengambil kesempatan ini dengan sebaik-baiknya atau sekadar mempersia-siakannya.Bakriyyah Institute of Islamic StudyPeluang menuntut ilmu di sini tidak saya sia-siakan. Mana mungkin. Mungkin semua tertanya-tanya di mana tempat saya menuntut ilmu. Dalam Bahasa Arab, tempat ni di beri nama Madrasah Diniah Bakriah. Atau pun nama glamour tempat ni, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan.(saja nak commercialkan nama pondok ni dalam English.^_^)Walaupun hanya 10 hari saya berpondok di sini, tapi saya sangat bersyukur kerana mendapat kesemptan ini, kerana sebelum dapat kebenaran untuk menuntut ilmu di sini, terlalu banyak masyaqahnya. Alhamdulillah, dengan pertolongan dari Allah, saya dapat peluang ini walaupun agak ketinggalan beberapa hari daripada sahabat-sahabat yang lain kerana hadir lewat ke pondok. Terasa diri ini...
Wednesday, December 24, 2008

,,,>Makna Sebuah Pengobanan<,,,

Mungkin dah terlambat bila saya nak berbicara tentang pengorbanan..ye la, Hari raya Korban dah lama berlalu..10 Zulhijjah. Hari ni dah 25 Zulhijjah. Orang pergi haji dah balik kot. Walau macam mana pun, saya nak juga kongsi erti pengorbanan ni.Bila terasa diri sangat sibuk dengan kerja yang bertimbun-timbun, selalu madah ‘tadhiyah’ diperdengarkan oleh sahabat untuk menguat diri kita semula. Baru-baru ni, kawan kesayangan saya ada juga menawarkan diri untuk berkorban. Saya sangat terharu dengan apa yang sanggup dia buat. Dia kata “if orang lain boleh berkorban, kenapa tak kita”.Terlalu banyak erti pengorbanan yang boleh kita tafsirkan yang terdiri dari segala aspek. Bermacam-macam bentuk pengorbanan yang ada. Bagi saya, pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak yang sangat bermakna. Pengorbanan yang tiada nilai bandingannya. Walau pun anak-anak sudah besar, namun peranan mereka sebagai ibu bapa tetap tidak dilupakan. ni baru lepas bersihkan rumah baru abangMacam ma dan abah saya, terlalu banyak perngorbanan yang mereka lakukan. Selalu ma dan abah turun Terengganu, Kuala Lumpur nak jumpa anak-anak mereka. Adik-beradik saya, dua orang di Kuantan, dua orang di Terengganu (tapi sorang dah habis belajar,so dia duduk kat rumah),...

,,^Sharing Is Caring^,,