Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Sunday, December 28, 2008

,,>Amanah Yang Dipikul<,,

Selama seminggu sudah berlalu perjalanan Semester II 08/09. Terasa diri sangat kepenatan, mungkin kerana sudah sebulan lebih bercuti. Dan minggu ini baru bermula semester yang baru untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan ini. Baru nak start semula engine.

Bersykukur kepadaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kerana memberi lagi peluang kepadaku untuk meneruskan kehidupan ini. Moga dapatku teruskan kehidupan dan perjuanganku ini dengan redhai dan inayah dari Mu. Amin.

ENGINIUS 08/09 (Engineering Student Society IIUM)

Sewaktu baru sahaja sampai di kampus, dah dapat mesej ada meeting malam ni. Belum start apa-apa, amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya menuntut saya untuk mengingatkan diri sendiri bahawa ada banyak amanah yang perlu di tunaikan sebaiknya. Semester ni kena struggle lebih, sebabnya result semester lepas pun tidak begitu memberansangkan. Datang rasa sedih, tapi kita kena redha dengan ketentuanNya. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya dan pasti itulah yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Semester baru dengan tanggungjawab baru dan disertai dengan azam yang baru. Semuanya baru. Semester ni dah jadi second year, dah majoring. Tengok di comformation slip dah naik level 2. Rasa macam tak percaya je. Nama program pun bertambah sikit. Bachelor of Engineering (Eletronics-Computer and Infomation). Moga inilah yang terbaik untuk diriku. Bukan itu sahaja, amanah yang dipikul menuntut untuk ditunaikan.

board untuk menaikkan semangat diri sendiri^_^


Terasa berat dengan pelbagai taklifat untuk semester ini, focus yang perlu diutamakan adalah pembahagian masa. Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan masa. Sebab itulah pengurusan masa itu sangat-sangat penting bagi mukmin yang berjaya. Apabila dapat diuruskan sebaiknya, baru kehidupan kita akan lebih teratur dan tersusun. Dari situ bolehlah kita utamakan mana yang lebih penting dan lebih perlu untuk diaulakan. Namun, jangan kita hanya memikirkan perkara dunia yang perlu di uruskan, seharusnya jadual melakukan ibadat-ibadat sunat perlu masuk juga ke dalam jadual seharian kita. Perlunya menyeimbangkan sebaik mungkin hal duniawi dan ukhrawi.

Pasti ada juga di antara kita, yang sudah terbiasa dengan kehidupan yang lama. Terasa sangat sukar untuk mengubah kebiasaan kita. Itulah yang dinamakan ‘tadhiyah’ untuk mendapat kehidupan yang lebih baik, bertambah baik dan diberkati. Saya teringat kata-kata ayah seorang sahabat baik saya, beliau berpesan kepada saya semasa saya mendapat tawaran masuk ke IPTA. ‘Kita hidup ni kena biasakan yang betul, betulkan yang biasa’. Amat mendalam kata-kata beliau. Bila saya fikirkan balik, memang tepat apa yang Pak Cik Nordin tu cakap. Kebanyakkan kita makin lupa pada hakikat yang sebenar. Kita sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu, sedangkan pada hakikat sebenarnya kita perlu mengubah keaadaan tersebut menjadi kepada yang ‘betul’.

Manusia memang selalu lalai dan terdaya dengan tipuan syaitan. Oleh itu, kita perlukan sesuatu untuk menjadi benteng pertahanan kita. Lakukan sesuatu yang betul, biasakan diri dengan perkara yang betul, dan istiqamah selakukannya. Memang sukar untuk kita mengubah kebiasaan kita, tapi kita perlu berusaha untuk mencapai objektif kita. Saya pernah bertanya kepada seorang sahabat, bagaimana hendak istiqamah dengan satu perkara?. Jawapannya mudah. Kita cuba lakukannya selama tiga hari berturut-turut, insya Allah lepas itu kita akan boleh istiqamah. Tak pasti teori ni berkesan atau tak. Tapi, segalanya bergantung ke atas setiap individu itu sendiri.

Semoga dapat diri ini melaksanakan segala amanah yang terpikul di bahu ini sebaiknya. Hanya Allah tempat untuk menguatkan diri. Mengadulah padaNya, kerana disitu pasti kita temui ketenangan dan kekuatan yang tidak kita sangka-sangkakan. Tanggung jawab melebihi masa yang ada.

Wallahhu alam.

Ana alFakir Ilallah^_^

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,