Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 29, 2008

,,,>Kuasa Maal Hijrah<,,,

Awal tahun Masihi bertembung lagi dengan permulaan tahun Hijriah- kali ini bulan Januari 2009 seiringan dengan bulan Muharram tahun Hijriah 1430. Sekali lagi kita berpeluang menggandakan usaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih cemerlang dan gemilang daripada tahun-tahun yang sudah berlalu. Semoga dapat kita melipatgandakan lagi kasih sayang pada diri sendiri, kepada ahli keluarga, kepada rakan sahabat handai, dan kepada semua makhluk di sekeliling kita.

Kasih kepada Allah seharusnya menjadi landasan yang kita kukuhkan dalam menjalani hidup ini. Kasih kepada Nabi dan Rasul sewajarnya kita patuhi dengan penuh tawaduk. Dan kasih antara sesame sendiri sepatutnya kita pratikkan dengan keikhlasan yang padu ke arah membina kehidupan dunia dan akhirat yang penuh barakah.

Selama ini kita sering menumpukan perubahan dari aspek luaran –mahu study hard, mahu mengurang perbelanjaan yang membawa kepada pembaziran, mahu berjimat dan untuk menunaikanfardu hajj- pada kali ini mengapa tidak kita rancang untuk memperbaiki diri kita dari aspek lain, selain meneruskan azam yang pernah kita buat pada tahun lepas-lepas.

Marilah kita duduk seketika lapangkan fikian yang senantiasa kecoh dan sibuk dengan urusan duniawi yang tidak ada kesudahannya itu, dan kita tumpukan perhatian seratus peratus kepada diri kita. Bagaimanakah prestasi amalan kita kepada Allah? Sudahkan kita melakukan yang terbaik sebaik-baiknya?

Tentu tidak ada cita-cita dan azam setiap kali datang tahun baru kepada seorang wania mukmin, selain daripada ingin menjadi wanita yang solehah atau menjadi semakin solehah. Ini kerana tidak ada harta benda di dunia ini yang paling berharga selain daripada wanita solehah.

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Dunia itu adalah harta benda, dan sebaik-baik harta benda ialah wanita solehah” (riwayat Muslim)

Dalam hal yang sama Rasulullah SAW ada bersabda : “Sebaik-baik harta adalah lidah yang selalu berzikir, hati yang selalu bersyukur, dan isteri solehah yang menolong terjaganya iman setiap mukmin.” (Riwayat Tarmizi dari Tsauban )

Menjadi wanita solehah adalah perlu dan penting. Dengan menjadi solehah sahajalah wanita akan dapat masuk syurga dan ‘bertemu’ Allah di akhirat kelak. Menurut ahli sunnah wal jamaah, wujudnya zat Allah Taala itu tidak berpihakatau bertempat. Namun hamba Allah yang soleh akan dapat melihat ‘wajah’ Allah ketika ereka beada dalam syurga. Itulah yang dikatakan sebesar-besar nikmat dikecapi oleh ahli syurga di akhirat kelak.

Ini sejajar dengan firman Allah SWT : “Sesiapa yang berharap akan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesuatu apa pun dalam beribadah kepada Tuhannya,” (al-Kahfi:110)

Jadi untuk ‘bertemu’ Allah maka syaratnya telah beriman, hendaklah menjadi orang soleh. Tidak akan kesampaian pengharapan berjumpa Allah sekiranya terus menjadi ‘orang awam’- tahap iman makrifahnya dan yang biasa-biasa sahaja amalannya. Untuk menjadi wanita solehah perlu dibuktikan dengan mengerjakan amal soleh. Seharusnya pendekatan hijrah dilakukan untuk mengubah dan menpertingkatkan diri ke tahap ilmu, amal, iman dan makrifah sebagaimana yang dimiliki olh orang-orang soleh.

Justeru, ada manfaatnya disorot kembali pemahaman terhadap siapa wanita solehah ito. Mudah-mudahan dengna memperhalusinya akan membuka jalan untuk diperkemaskan lagi diri sebagai wanita yang solehah dalam cirri dan peranan pada tahun baru yang mendatang.


Siapakah Wanita Solehah?


Siapa wanita solehah itu sebenarnya cukup jelas dan luas diperkatakan ulama dalam kitab-kitab yang muktabar. Sama ada wanita solehah itu masih bujang, atau telah menjadi seorang isteri ataupun ibu; mereka boleh dirumuskan sebagaiman berikut:

1. Beriman kepada Allah.
2. Beramal soleh dalam ibadah khusus.
3. Beramal soleh dalam memelihara kehormatan diri.
4. Beramal soleh dengan taat dan patuh kepada suami.
5. Punyai pandangan hidup orang soleh.

"Kuasa hijrah mampu mengubah wanita Islam biasa-biasa kepada wanita mukmin luar biasa"


sumber: Majalah Anis Januari 2009

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

,,^Sharing Is Caring^,,