Photobucket

~Ya Allah, bahagiakan kami dunia akhirat bersama selamanya~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Monday, December 29, 2008

,,,>Kuasa Maal Hijrah<,,,

Awal tahun Masihi bertembung lagi dengan permulaan tahun Hijriah- kali ini bulan Januari 2009 seiringan dengan bulan Muharram tahun Hijriah 1430. Sekali lagi kita berpeluang menggandakan usaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih cemerlang dan gemilang daripada tahun-tahun yang sudah berlalu. Semoga dapat kita melipatgandakan lagi kasih sayang pada diri sendiri, kepada ahli keluarga, kepada rakan sahabat handai, dan kepada semua makhluk di sekeliling kita.Kasih kepada Allah seharusnya menjadi landasan yang kita kukuhkan dalam menjalani hidup ini. Kasih kepada Nabi dan Rasul sewajarnya kita patuhi dengan penuh tawaduk. Dan kasih antara sesame sendiri sepatutnya kita pratikkan dengan keikhlasan yang padu ke arah membina kehidupan dunia dan akhirat yang penuh barakah.Selama ini kita sering menumpukan perubahan dari aspek luaran –mahu study hard, mahu mengurang perbelanjaan yang membawa kepada pembaziran, mahu berjimat dan untuk menunaikanfardu hajj- pada kali ini mengapa tidak kita rancang untuk memperbaiki diri kita dari aspek lain, selain meneruskan azam yang pernah kita buat pada tahun lepas-lepas.Marilah kita duduk seketika lapangkan fikian yang senantiasa kecoh dan sibuk dengan urusan duniawi yang tidak ada kesudahannya...
Sunday, December 28, 2008

,,>Amanah Yang Dipikul<,,

Selama seminggu sudah berlalu perjalanan Semester II 08/09. Terasa diri sangat kepenatan, mungkin kerana sudah sebulan lebih bercuti. Dan minggu ini baru bermula semester yang baru untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan ini. Baru nak start semula engine.Bersykukur kepadaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kerana memberi lagi peluang kepadaku untuk meneruskan kehidupan ini. Moga dapatku teruskan kehidupan dan perjuanganku ini dengan redhai dan inayah dari Mu. Amin. ENGINIUS 08/09 (Engineering Student Society IIUM)Sewaktu baru sahaja sampai di kampus, dah dapat mesej ada meeting malam ni. Belum start apa-apa, amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya menuntut saya untuk mengingatkan diri sendiri bahawa ada banyak amanah yang perlu di tunaikan sebaiknya. Semester ni kena struggle lebih, sebabnya result semester lepas pun tidak begitu memberansangkan. Datang rasa sedih, tapi kita kena redha dengan ketentuanNya. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya dan pasti itulah yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Semester baru dengan tanggungjawab baru dan disertai dengan azam yang baru. Semuanya baru. Semester ni dah jadi second year, dah majoring....

,,> Perjuangan Telah Tiba <,,

SANAKHOODU Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum We'll take our fights with them Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum We'll go as groups to stop themWa nu`eedul haqqal mug-tasabaWe'll return our slain rights (territories)Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhumWith all force we'll push them out Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum We'll take our fights with them Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum We'll go as groups to stop themWa nu`eedul haqqal mug-tasabaWe'll return our slain rights (territories)Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhumWith all force we'll push them out Wa bi kullil quwwati Nad-nothing` uhumWith all force we'll push them outBisilaahil haqqil battariBy the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts) Sanu harriru ardhal ahraariWe'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free) Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under...
Thursday, December 25, 2008

,,>Impian Tercapai<,,

Sujud syukur saya apabila selamat tiba ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah perjalanan selama 7 jam, tidak sangat terasa bosan kerana di temani oleh seorang sahabat. Selepas subuh kami sampai di Kota Bharu. Dalam pukul lapan lebih kami sampai di destinasi setelah di ambil oleh dua orang sahabat di terminal bas. Terasa diri sangat disayangi Allah. Impian tercapai, doa termakbul. Yang tinggal hanya diri sendiri, sama ada mengambil kesempatan ini dengan sebaik-baiknya atau sekadar mempersia-siakannya.Bakriyyah Institute of Islamic StudyPeluang menuntut ilmu di sini tidak saya sia-siakan. Mana mungkin. Mungkin semua tertanya-tanya di mana tempat saya menuntut ilmu. Dalam Bahasa Arab, tempat ni di beri nama Madrasah Diniah Bakriah. Atau pun nama glamour tempat ni, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan.(saja nak commercialkan nama pondok ni dalam English.^_^)Walaupun hanya 10 hari saya berpondok di sini, tapi saya sangat bersyukur kerana mendapat kesemptan ini, kerana sebelum dapat kebenaran untuk menuntut ilmu di sini, terlalu banyak masyaqahnya. Alhamdulillah, dengan pertolongan dari Allah, saya dapat peluang ini walaupun agak ketinggalan beberapa hari daripada sahabat-sahabat yang lain kerana hadir lewat ke pondok. Terasa diri ini...
Wednesday, December 24, 2008

,,,>Makna Sebuah Pengobanan<,,,

Mungkin dah terlambat bila saya nak berbicara tentang pengorbanan..ye la, Hari raya Korban dah lama berlalu..10 Zulhijjah. Hari ni dah 25 Zulhijjah. Orang pergi haji dah balik kot. Walau macam mana pun, saya nak juga kongsi erti pengorbanan ni.Bila terasa diri sangat sibuk dengan kerja yang bertimbun-timbun, selalu madah ‘tadhiyah’ diperdengarkan oleh sahabat untuk menguat diri kita semula. Baru-baru ni, kawan kesayangan saya ada juga menawarkan diri untuk berkorban. Saya sangat terharu dengan apa yang sanggup dia buat. Dia kata “if orang lain boleh berkorban, kenapa tak kita”.Terlalu banyak erti pengorbanan yang boleh kita tafsirkan yang terdiri dari segala aspek. Bermacam-macam bentuk pengorbanan yang ada. Bagi saya, pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak yang sangat bermakna. Pengorbanan yang tiada nilai bandingannya. Walau pun anak-anak sudah besar, namun peranan mereka sebagai ibu bapa tetap tidak dilupakan. ni baru lepas bersihkan rumah baru abangMacam ma dan abah saya, terlalu banyak perngorbanan yang mereka lakukan. Selalu ma dan abah turun Terengganu, Kuala Lumpur nak jumpa anak-anak mereka. Adik-beradik saya, dua orang di Kuantan, dua orang di Terengganu (tapi sorang dah habis belajar,so dia duduk kat rumah),...
Thursday, November 20, 2008

,,>Agar taubat diterima <,,,

Agar taubat diterimaTiada manusia yang tidak melakukan kesalahan. Namun manusia yang terbaik adalah manusia yang menyedari kelemahan dan kesalahan dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Lalu bagaimanakah agar taubat seorang hamba diterima?Agar taubat seorang itu diterima, maka orang tersebut perlu memenuhi tiga perkara :1) Menyesal,2) Berhenti darpada melakukan kesalahan dan dosa, dan3) Bertekad untuk tdak mengulanginya. Taubat tidak bererti tanpa didahului oleh penyelesalan terhadap dosa yang dikerjakan. Barabg siapa yang tidak menyesal maka menunjukkan bahawa ia suka dengan perbuatan tersebut dan menjadi petunjuk bahawa ia akan terus menerus melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa itu. Tentu kita tidak percaya bahawa seseorang itu bertaubat sedang dia dengan senang hati masih melakukan perbuatan dosa tersebut? Untuk menghindari perbuatan dosa, hendaklah seseorang itu menanamkan sikap ikhlas, bersungguh-sungguh.Jika dosa tersebut berkaitan dengan hak anak Adam, maka ada satu hal lagi yang perlu dilakukan, iaitu meminta maaf kepada pihak yang berkaitan, seperti meminta diikhlaskan, mengembalikan atau menggantikan suatu barang yang telah dirosakkan atau dicuri dan sebagainya.Namun apabila dosa bersebut...
Wednesday, November 19, 2008

,,,>Pengisian Musim Cuti??<,,,

Pengisian Musim Cuti??Alhamdulillah..genap dua minggu ana bercuti hari ini. Apa yang ana dah lakukan? Agak lagho bila bercuti ni. Ye la, tak de matlamat yang jelas apa yang nak buat hari ini. Nak study? Nota pun tak de lagi(“,). Bila tiba weekend je, pergi kenduri walimah. Biasa la musim cuti sekolah kan. Next week, sepupu ana plak buat walimah dia. Tahniah ye Kak Ina. Moga bahagia dunia & akhirat. Amin.Syukur kepadaMu Ya Allah, kerna dengan rahmat dan inayahNya dapat jua ana bernafas lagi hinga ke hari ini. Sepanjang cuti yang dah berlalu dua minggu ni, apa yang ana lakukan ye?? Erm…nantazir wa nara..1. Berjaya menghabiskan dua buah novel yang ana baru beli. “Salju Sakinah” karya Zaid Akhtar. Ana beli novel ni sebab ana thiqah dengan penulis novel ni. Sebelum ni ana ada baca novel beliau yang sebelum ni, Sesegar Nailofar. Alhamdulillah sekarang ni sudah mudah unutk mencari novel-novel yang berunsur Islamik, kalau dibandingkan dengan dulu. Moga usaha-usaha murni ni dapat diteruskan dengan berkat dari Yang Maha Esa. Insya Allah. Novel kedua, “Tunggu Teduh Dulu” karya Faizal Tehrani. Novel ni dah bertahun ana cari. Masa ana form 5 dulu. Ana ingat lagi, bersama sahabat karib ana, Siti Zulaikha Che Nordin, kami setiap kalau...
Saturday, November 8, 2008

,,,>Seindah Ukhwah Sebuah Pertemuan<,,,

Itulah yang dapat digambarkan bila ana teringatkan sahabat-sahabat sekelas ana dahulu. Kisahnya bermula di Pusat Matrikulasi UIA PJ. Sewaktu diri ini keseorangan di dalam suasana yang sangat asing. First class, Mathematic I dengan Sir Pasha. Ana ingat lagi waktu tu Sir suruh taaruf sorang-sorang. Masa tu la baru kenal sahabat-sahabat sekelas. Tapi masa first class tak ramai datang, mungkin sebab tak tahu venue dekat mana. Sebelum start kelas lagi kami di bahagian sisters dah berkenal-kenalan sesama kami. Ana ingat lagi waktu first time kenal Fauzun, Bahiah, Aini, ‘Izzah , Aisyah dan ramai lagi. Fauzun dan Bahiah yang paling peramah. Banyak mulut. (jangan marah ye..^_^) Pada hari-hari yang mendatang kami sekelas menjadi rapat dan saling membantu antara satu sama lain. Selama 1 tahun setengah kami bersama menempuhi ranjau suka-duka hidup seorang pelajar di marik. Alhamdulillah ukhwah sahabat-sahabat yang sekelas di matrik dulu masih untuh dan kukuh sehingga ke hari ini. Setiap akhir sem, kami selalu makan sama-sama, macam jamuan kelas la. Kadang brothers ada pun ada join sekali. Tapi alhamdulillah batas-batas pergaulan nengikut syariat masih tidak diketepikan. Alhamdulillah masing-masing faham dan concerns dengan semua ni....

,,,>Pengertian Hati<,,,

Di dalam kitab Imam al-Ghazali iaitu Ihya Ulumiddin menceritakan peihal kemahuan hati. adapun yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah s.w.t dan juga kecenderunan hati itu ialah berhikmah.Semua bentuk kemahuan dan kecenderungan hati ini adalah sifat semulajadi manusia yang juga merupakan perintah Allah s.w.t. Buktinya bahawa hati atau jiwa manusia ini cenderung kepada berhikmah, mengenal Allah dan beribadah kepadaNya ada dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran,Ertinya :“Bukankah aku ini Tuhan kamu? (Roh menjawab) Ya, bahwasanya kami naik saksi bahawa Kamu adalah Tuhan kami” (Al-A’raf: 172)Sebelum Allah s.w.t memasukkan roh kita ini ke dalam tubuh-tubuh kasar manusia, Allah s.w.t terlebih dahulu menanyakan kepada roh-roh tentang pengakuan Allah s.w.t sebagai Tuhan mereka. Apa yang dijawab oleh roh-roh itu jelaslah kepada kita bahawa kecenderungan hati naluri manusia untuk mengenali Allah dan beribadah kepadaNya memang sudah ada di dalam hati manusia sejak azali lagi.Hal ini samalah kita ibaratkannya...
Friday, November 7, 2008

,,,>Penawar Bagi H@TI<,,,

Penawar Bagi HatiHati adalah raja dalam diri manusia. Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap tuhanNya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dakn ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat.Oleh itu bagaimana untuk memiliki hati seperti ini? Tentulah Al-Quran dan Al-hadith sudah ada kaedah unruk mewujudkan hati-hati manusia yang mendorong mereka menenangkan kehidupan dan terhindar dari segala kekalutan. Hati tidak teringin kepada maksiat dan dosa. Hati yang tunduk dan patuh kepada kehendak Allah s.w.t itulah fatrah kepada semua hati-hati manusia.Perjalanan orang-orang soleh zaman dahulu berusaha bermujahadah ke atas hatinya menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan. Namun kewajpan untuk memiliki hati yang murni dan luruh itu dilakukan dengan ‘Istiqamah’. Akhirnya mereka hidup dimuliakan Allah s.w.t dan kemudian mereka ditempatkan bersama para kekasihNya.Segala-galanya bermula dari hati. Inilah yang perlu kita jaga dan awasinya. Kerana hati inilah yang akan menunjukkan kita jalan menuju Tuhan dan hati ini jugalah yang akan menyesatkan diri kita. Di sini, apa yang ana ingin sampaikan ialah kita perlu membersihkan hati kita dari segala noda...

,,>Perjuangan Belum Selesai<,,

Selawat dan salam kepada orang yang mulia lagi diagung-agungkan, Rasulllah s.a.w. Dengan perjuangan dan pengorbanan baginda hingga ke saat ini dapat kita rasakan Islam dan Iman. Itulah permata yang bukan sembarangan. Permata yang dapat menyelamatkan kita dari penderitaan di dunia dan akhirat..Inilah permata yang hendak kita gali dan cari tetapi bukan di dasar laut dan dasar bumi tetapi kita kena menempuhi jalan-jalan mujahadah yang dilalui oleh para salafusoleh zaman dahulu..insya Allah.Alhamdulillah dengan limpah dan rahmatNya dapat jua ana mengharungi minggu-minggu yang sangat menggentingkan dengan jayanya. Semalam 6 November 2008 tepat jam 12 tengah hari ana bersama sahabat-sahabat perjuangan berjaya menamatkan paper final exam kami yang terakhir. Walaupun terasa agak kecewa dengan prestasi menjawab soalan Calculus II tadi, tapi hidup perlu diteruskan. Perjuangan perlu diteruskan. Tahniah diucapkan kepada semua kerana berjaya menamatkan Semester II 08/09 kita. Next semester kita semua dah second year. Selamat teruskan perjuangan. Perjuangan kita belum selesai. Masih jauh. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang perlu kita tempuhi.Terima kasih Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan hidup...
Thursday, October 16, 2008

>,,Akhir Sem1 08/09,,<

Assalamualaikum kepada semua...Alhamdulillah. Syukur ke hadratMu Ya Allah..Hari ni aku masih lagi bernyawa..Alhamdulillah dapat jua aku mencoretkan sesuatu di sini..Insyaallah.Agak lama rasanya ana tak menulis untuk blog ni. Mungkin kekangan masa yang tidak mengizinkan.Minggu ni minggu yang agak sibuk buat ana. Minggu last before final exam.. Semua lecturer nak habiskan syllabus. Setiap hari kena study sebab ada quiz. Dah taw carry mark tak banyak mana, jadi kena la pulun quiz-quiz terakhir ni.. Moga-moga dapatlah tambah carry mark..amin..Bila dah akhir sem ni, kena la submit projek-projek yang dapat masa awal sem hari tu tetap pada waktu dan ketikanya. Masa ni,barulah buat dissucion dengan sahabat-sahabat satu group..mujur la ana dapat sahabat-sahabat yang sangat membantu. Rasa macam ana ni tak bagi pape sumbangan pun. syukran jazilan ila Fauzun & Bahiah..=)AGD ENGINIUS 08::17 Oktober 08::Armada Hotel,PJ..mula-mula ana tak terlibat dengan AGD ni, tapi atas permintaan seorang kakak, ana mewakafkan diri untuk menjadi Asst. Secretary..dah la busy dengan quiz, pastu kena buat surat invitation..maaf la kepada semua-semua Prof..esok lusa nak AGD, ana baru hantar invitation letter pada diorang. Asif jiddan. Pastu kena tebalkan...
Tuesday, October 7, 2008

,,,>Sekuntum Kemboja Yang Gugur<,,,

...Sekuntum Kemboja Yang Gugur...Biar luput dari pandanganTidak pupus dalam ingatanKehilangan sebutir bintangDi persada perjuangan menjadi kenanganTerlukis senyuman manismuTergambar senda gurauanmuTuhan lebih menyanyangimuMenjemputmu pergi terlebih dahuluBersemadi jasadmu yang kakuDiiringi gerimis yang senduAir mata tak terbendung lagiMenangisi perpisahan iniDi pagi hari yang muliaDikunjungi teman dan saudaraBersama harapan dan doaMoga berbahagia di negeri yang baqa’Sekuntum kemboja yang gugurMenemanimu di pusaraBiar detik dan musim berlaluHingga kini tiada penggantiOh Tuhan,cucurilah rahmat ke atas rohnyaDan tempatkanlah dia di sisi hamba-hambaMu yang bertaqwaTempat yang telah Engkau janjikan nikmat untuk hamba-hamb...

,,,>Salam Eid Mubarak<,,,

...Salam Eid Mubarak...Masih basah dilipatan rasaWalau tanah pusaranya gersang di pandangan mataSiapakah yang masih sudi berkongsi rasaPaada sebuah kehilangan yang tiada gantinyaKetika segalanya meriah di AidilfitriHati ini masih begini masih teringatDia yang pergi…Allah ciptakan hati untuk mengingatDan ada hati yang lebih kuat mengingat dari hati yang lainDan hati ini yang masih mengingatWalau jauh terasa dekatWalau tidak terjangkau mataTapi tetap diambau rasaBiarlah orang lain lupaTapi hati itu takkanJusteru bagai semalam segalanya bermulaSahabatku..itulah bicara hati tanpa kataBagaimanakah kau disana?Kami disini beginilah seadanyaHanya mampu menghulurkan setangkai doaSalam murni dari hati di AidilfitriSalam rindu dari sendu di Aidil walfaizinTunggulah lebaran demi lebaranKami tentu menyusulimu nanti…Ramadhan yang pergi banyak membawa erti kepadaku. Berturut-turut berita kematian daku terima sejak dari awal bulan Ramadhan baru-baru ini. Kematian ayah seorang sahabat,kematian saudara jauh dan baru-baru ini kematian seorang sahabat. Kehilangan yang tiada gantinya.Luahan rasa khas buat Allahyarhamah SITI HAJAR BINTI IZHAM…permergian yang tiada ganti..permergian yang memberi sejuta pengajaran buat diriku. Membuatkan diriku...
Sunday, September 7, 2008

,,,>Lailatul Qadr : The Night of Power <,,,

Lailatul Qadr : The Night of Power Qadr means honour and dignity. Lailatul Qadr means the night of honour and dignity. It is this night in which the first Divine Revelation came to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, when he was in prayer in the cave of Hira. Since this night enjoys the honour of having the first revelation brought to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, it has been named Lailatul Qadr. This is one of the holiest and most blessed nights, which is likely to occur on one of the odd nights on the last ten days of Ramadhan and most likely to be the 27th. The reward of worship on this night is better than the worship of a thousand months of worship, equivalent to a person's lifetime. So, on this night one should pray nafil namaz, recite the Quran, do Tasbih, Zikr, Duas, etc as much as possible. This night had already opened its gates of treasures when the angel for the first time had come with the Divine Message in the cave of Hira, but its auspiciousness has continued to be with us permanently. Every year in the month of Ramadhan, this night is given to the Ummah. Muslims engage in prayers, recitation of Quran and praying to Allah, as the Prophet sallalahu alayhi wasallam said: "The person who offered prayers...
Friday, September 5, 2008

,,,>Andaiku Tahu Ini Ramadhan Terakhir<,,,

Andaiku Tahu Ini Ramadhan Terakhir Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diriWahai qalbu,sedarkah engkau akan gerak hatiWahai aqal,terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadiAndai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawiPabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....Andai ku tahu ini Ramadhan terakhirTentu siangnya aku sibuk berzikir"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]Biarpun anak tekakku kering kehausan airTentu aku tak akan jemu melagukan syairRindu mendayu..Merayu...Kepada-NYA Tuhanku yang satu...Andai aku tahu ini Ramadhan terakhirTentu solatku dikerjakan di awal waktuSolat yang dikerjai...Sungguh khusyuk lagi tawadhu'Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diriMengadap Rabbul Jalil...Menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku..kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlaluSetiap masa tak akan dipersia begitu sajaDi...
Friday, August 15, 2008

,,,>Kita Yang Terlalu Sibuk<,,,

KITA YANG TERLALU SIBUKoleh: Faridul Farhan Abd Wahab “Tuhan,terlalu hinakah diriku untuk menjadi tetamu “rumah” Mu?”سَيَقُولُ لَكَ الْمُخَلَّفُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ شَغَلَتْنَا أَمْوَالُنَا وَأَهْلُونَا فَاسْتَغْفِرْ لَنَا ۚيَقُولُونَ بِأَلْسِنَتِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۚقُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ لَكُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا ۚبَلْ كَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا“Orang-orang “A’raab” (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Dia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak...

,,,>12 Sya'ban 1408H<,,,

12 Sya'ban 1408HAlhamdulillah..tarikh keramat buat diriku..selama 21tahun hidup di dunia ini.(kalau ikut bulan Islam). Semoga dapat ku harungi hidup ini dengan limpah rahmat kasih sayangNya..Ameen ^_^"Sesungguhnya dunia ini hanyalah untuk dilalui dan bukan untuk diramaikan. Hal itu tentunya telah Anda ketahui dan pahami. Apa yang dicapai oleh orang-orang yang sangat cinta dunia hanyalah akan menyakitkan badan dan merosak agamanya. Jika Anda tahu akan hal itu, kemudian Anda meratapi hilangnya sesuatu yang tidak sepatutnya Anda miliki, maka kesedihan itu akan menyeksa Anda, kerana kelak Anda akan mengetahui maslahat di balik kehilangan itu. Bersabarlah menerima kesedihan itu sebagai balasan kini, agar Anda selamat dari seksa yang datang kemudian." (ImamIbnu al-Jauzy)...
Saturday, August 9, 2008

,,,>Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu<,,,

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu..http://www.iluvislam.com/by: xbgsx7ini virus. nama dia T4. virus merah jambu, bagaimana pula?Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer...
Thursday, August 7, 2008

,,,>Iman Itu Sinusoidal<,,,

IMAN ITU SINUSOIDALOleh: Faridul Farhan Abd Wahab Assalamualaikum warahmatuLLAH…Ditengah-tengah ketension kita, kegusaran kita, kegundahan kita, dan ada sesetengah orang, dalam detik-detik exam ini merasa semacam keseronokan (Penggawa Lembaran contohnya, rujuk “Wasszup Lembaran” terbitan MPDL pada ruangan “Ape kate penggawa?”), izinkan ana menghiburkan kalian, dengan suatu catitan yang sangat berkaitan, sangat bertepatan, sangat relevan dengan kondisi iman yang sedang kita rasakan (atau tak rasa langsung?) pada masa-masa sebegini. Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH,Daripada beberapa hadith Rasulullah S.A.W, dan daripada beberapa perbahasan para ulama’, dapat kita simpulkan bahawa sesungguhnya iman yang menyelaputi diri manusia bukanlah dalam bentuk DC current, sebaliknya mengambil bentuk AC current. Ertinya iman kita adalah sinusoidal, maka wajarlah andainya terkadang kita merasakan betapa rindunya kita akan majlis ilmu, betapa dahaganya kita akan nasihat yang baik, dan betapa kotornya kita hingga malu melafazkan kecintaan pada Pencinta Agung kita ALLAH Rabbul Izati, sedang pada masa yang lain kita merasa betapa seronoknya kemaksiatan, betapa lazatnya hiburan, betapa manjanya kemalasan. Maka hal yang demikian wajar,...

,,^Sharing Is Caring^,,